Tuesday, October 6, 2009

....Aidilfitri.


..Aidilfitri..

Aidilfitri..
kesempatan terbaik sekali
untuk saling melupakan
semua perselisihan persengketaan
untuk saling memaafkan
segala kesilapan kesalahan
untuk saling mendekatis
audara-saudara seangkatan.
Aidilfitri..
biar berlainan visi berbeda misi
mari bersatu kembali
kita cantumkan yang berselerakan
kita tampal yang koyak
kita pateri yang retak
kita baiki yang rosak
kita luruskan yang serong
kita tegakkan yang condong
Aidilfitri..
semoga tidak lagikita bertengkar dan berkelahi
bermasam muka dan berkecil hati
bercakaran sesama sendiri
kerna ku tahu
masam ku ini hanya
memporakperandakan nurani
maafkan salah & silap diris
enyuman emosi tidah berbahagi
Aidilfitri..
semoga hari-hari yang bakal dilalui
disirami kemesraan mewangi
disinari ukhuwah sejati
dilimpahi rahmat IlahiinsyaAllah.
Allah berfirman di dalam Al Quran menerusi ayat 185 surah al-Baqarah yang bermaksud:"Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangan (hari terakhir Ramadan 30 hari) dankamu mengagungkan Allah (bertakbir raya) atas petunjuk-Nya yang dianugerahkankepada kamu agar kamu menjadi orang-orang yang bersyukur."
Daripada Umamah r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda"barang siapa mengerjakan amal ibadah pada malam Hari Raya Aidilfitridengan mengharapkan keredaan Allah semata-mata,hatinya tidak akan mati pada hari kiamat sepertimatinya hati orang-orang yang kafir ingkar pada hari kiamat.
perkongsian bersama
kata-kata puitis pembakar ku
tingkah laku manja dan ganas ku
tenungan tajam menusuk kalbu
jelingan perlahan nan syahdu ku
muka masam cam budak kecik ku
senyum tawa mengilai ku
mohon maaf zahir dan batin ku
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
moga ukhuwwahfillah berkekalan
dalam redha Allah taala

No comments:

Post a Comment