Tuesday, April 13, 2010

"Back To SkuLL 2010"

Baru- baru nie ana and kawan-kawan menghadiri dinner MPG bagi menghargai kami2 yang akak grad x lama lagi...x sabar rasanyer,Malam dinner tue ana seronok sangat dapat berkumpul ramai-ramai sambil menikmati hidangan yang tersedia di depan mata. Orang kata saat inilah yang amat berharga kerana selepas je kami grad nanti masing-masing membawa diri.

Pada malam MPG macam2 fesyen,gaya dan gelagat kawan-kawan yang sememangnye mencuit hati,dari gaya seorang cikgu sampaila ke gaya budak-budak sekolah sumenye kenangan yang indah bagi ana..kepada kawan-kawan malam tue memang bergaya dan cantik-cantik belaka. Mun dan sue dengan gaya korean skull, Hana bak cikgu Bahasa Inggeris plak, Liza gaya ala-ala cikgu, Peah dengan gaya muslimahnye...sumenya menjadi satu memori yang aku tak dapat lupakan...kawan-kawan yang lain pun apa kurangnya...sumenye berjaya mengikut tema "Back To SKull"

Ana tertarik dengan madah persahabatan yang ana baca seketika yang berbunyi
"Sahabat adalah anugerah Tuhan untuk menjaga kita
Rasa hormat tidak selalu membawa kepada persahabatan,
tapi jangan pernah menyesal untuk bertemu dengan orang lain tetapi menyesallah jika orang itu menyesal bertemu dengan kamu"

MAdah kat bawah ni pun ana bru baca kat satu blog
"Andai sahabat melukai hatimu,
Tulislah ia di pasir,
Agar angin meniupnya pergi,
Namun,
Andai sahabat melakukan kebaikan padamu,
tulislah ia di batu hati,
tak akan hilang walau dilanda badai"

No comments:

Post a Comment